Monday, February 17, 2014

Hantaran Pertunangan Ahmad & Linda (15 Februari 2014)


Majlis pertunangan Ahmad dan Linda telah berlangsung di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka pada 15 Februari 2014 (Sabtu) dengan tema cream, pink dan purple pastel. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 11 berbalas 13 dari pihak perempuan. Kebiasaanya, orang-orang Melaka memberi hantaran berupa manisan seperti kek, lengkong, tapai atau dodol pada majlis pertunangan. Antara hantaran-hantaran pihak perempuan:

1. Sireh Junjung berpasangan tepak sireh


 2.Buah-buahan (buah naga, pisang, lai wangi, anggur hijau dan merah, delima merah, oren, plum dan strawberi)

3. Bunga Rampai

4. Coklat

5. Cupcake Fondant

6. Jam Tangan

7. Kek Kukus

8. Lengkong (Agar-Agar) Gula Melaka

9. Kelengkapan Solat (sejadah dan kain pelikat)

10. Telur Merah (Telur Semangat)

11. Tiramisu

12. Hamper Kek Coklat dan Kek Oren

13. Hamper Bahulu Gulung